Sahabat Ku

07 Mac 2010

Morning glory

Order dari salah sorang customer aku dari Bkt Kayu Hitam untuk kenduri dia pada 26 Februari lepas. Sebenarnya aku jumpa customer ni kat kedai bunga area rumah aku. Masa 2 aku tengah cari bahan2 untuk wat tempahan bunga pahar. Dia plak cari bahan untuk wat gubahan ni le.. Kebetulan dia nampak aku beli dip so, dia tanya sama ada aku bleh watkan bunga dip untuk dia. Nampak dia mcm bersungguh-sungguh saja. Iya la aku pun bukan pandai sangat. Budak baru nak belajar la katakan... Kesian la plak. Lepas bincang lebih kurang. Dia kata pakai jadi ja la (maksudnya setuju la 2)..

Dia nak tema pink dan krim. Semua barang untuk wat hantaran ni dia beli sendiri termasuk la dip. Dia cuma minta aku watkan bunga dip dan gubahan hantaran saja. Senang kerja aku. Yang susahnya nak kena pikir bunga dip apa aku nak bentuk dan gubahan hantaran nanti.

Pikir punya pikir.. wat morning glory la plak sebab sebelum ni aku blem pernah wat gubahan hantaran dengan morning glory lg. Ni la hasilnya..


Morning Goly yang dah siap gubah

Memandangkan morning glory ni dah sarat ngan bunga so, aku sengaja hiaskan kotak buluh dengan reben pink dan rantai manik sahaja supaya hantaran ni tak terlampau sarat dan mengekalkan keaslian kotak buluh ni. Ni la hasil akhirnya..




Kenapa kosongg?... Sebenarnya customer ni just bagi kotak buluh dan bahan2 untuk wat bunga dip dan gubahan hantaran saja. Isi kandungannya dia kata nak letak sendiri.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan