Perkahwinan tu mudah tapi nak tunaikan tanggungjawap tu yang susah. Bergelar pengantin ni memang seronok tapi nak pastikan keseronokan tu bertahan lama memang susah. Perkahwinan ni saling melengkapi. Semua yang tidak ada pada isteri dilengkapi si suami. Bayangkan apa akan terjadi pada sesebuah perkahwinan sekiranya kedua-dua pasangan sama hebat, sama bijak dalam erti kata lain sama sempurna. Mesti tak ada rasa masam dan manisnya.
Apa guna berkahwin kalau hanya membangkitkan masalah kepada insan yang dikahwini. Apa guna berkahwin kalau masyarakat menjadi rosak akibat melahirkan anak yang tidak terdidik dengan sempurna.. Suami mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.. Jadi baik si suami mahupun si isteri perlu la bersedia untuk memikul tanggungjawab berat yang bakal mendatang..
tq...suke entry ni
BalasPadam10q mystory coz join blog ni.. singgah lor lg
BalasPadam