Sahabat Ku

24 Ogos 2010

Gubahan Dip Hijau Putih (Sambungan)

Salam semua.. Entry ni adalah sambungan daripada entry gubahan dip hijau putih order Kak Ika untuk adik dia. Saja ja nak tempek gambaq  yg blem sempat ditempek kat sini. Sapa nak layan, layan ja la kalu tak nak layan pun tak pa.. Apa ku kisah..heheheee...

Gubahan ni atas permintaan adik kak Ika (Dr.Raihan). Idea asalnya minta watkan mcm ni 
 
tp aku ubah suai ckit. Saja mencari kelainan la konon2 dan jgk membanyakkan kerja ku sendiri. kheheheeee... Aku adaptasikan tangkainya daripada bekas pumpkin ni.
 

Akhirnya mcm ni la hasilnya...

9 dulang semuanya, mai layan satu2..


Gubahan untuk 12pcs cupcake.. 
Cupcake by opismate syura ali. Nampak dak ada kesan terpejet sikit kat icing 2.. Masa penyerahan cupcake ni kat opis berlaku 1 kemalangan yg tak disengajakan. Bagai nak tercabut jantung jd nya. Tak yah la cite kat sini nnti panjang berjela plak. Nasib la dapat diselamatkan.

 
Baju kemeja
Tak banyak keja sangat ni just lipat baju 2 bagi kecik ja lepas tu letak plastik kat kolar bagi kemas.

Bantal Tuala


Album Sejadah yg tak dak isi muka surat..


Sepasang Kasut yang itam berkilat. Bleh suluh  muka ni.


Tali pinggang ngan Wallet.


Sebalang Epal Ijau..Bleh wat kenduri cicah garam belancan (colek) ni. Kecur air liur.. Semasa penghantaran ke umah pengantin balang buah ni terbalik kat dalam keta aku tanpa disedari. Pandai buah ni menyembunyikan diri dibawah kusyen keta sedar2 ja ia telah memburukkan diri sendiri. hohoooo..pecah lobang..aku ni pemalas cuci keta..


Sebalang Coklat Ferrero Rocher
 Balang ni kosong untuk letak minyak wangi. Kalau tak nak letak minyak wangi pun tak pa..bleh ternak ikan kheheheeee..

Terima Kasih once again Kak Ika dan Dr.Raihan.

3 ulasan:

  1. semuanya cantik...^_^

    BalasPadam
  2. Salam boleh saya tahu, benda yang berserabut dalam balang tu apa namanya ye? mana nak dapat?

    BalasPadam
  3. Fyeza..yang serabut tu sabut bleh bli kat kedai menjual brg hantaran..

    BalasPadam